Saturday, June 19, 2010

t i r e d

TIRED atau penat. Perlu ke perkataan ini di keluarkan oleh jari aku nih..? Hampir 5 bulan perkhidmatan secara ikhlas diberikan kepada SONY. Yeah...selama keberadaannya aku diSONY, keseronokan dan ketidakbencian yg terhingga pada sony sudah mula menimbulkan didalam hati. Keseronokan yang utama adalah 2x bisnes trip dapat kuhadiri..Keseronakan yang seterusnya adalah kupon KFC rm100..perghh..kenyang aku seminggu...Kupon TESCO rm200, boleh gune utk raya..hehhehheh..

Tetapinya terdapat juga beberapa perkara yang mengkecundangkan pemikiran yang pertamanya BONUS Bulan April x dapat..oh shut. memang lah, baru 4 bulan keje nak Bonus, sunguh selekeh pemikiran kau nih..xpe wait for the next bonus..make.believe...Yang keduanya pergaduhan dengan Mamat Jepun..Ini memang cilake..Org jepun yg sengal x tau speaking + tua. Gile ape hantar supplier camtuh nak deal dgn aku...Nasib die baik aku x sempat nak pukul die, kerana belum sempat menghabiskan kerja die kat Malaysia die sudah melarikan diri, fly back to JAPAN..satu hari aku akan carik kau..!!

Make.Believe ur dream will come true

Kenape Blogger page nih x buleh nak edit text mengetext aku nih..siut..camne nak setting??ohh siut

Sunday, April 18, 2010

SONY oh sony


2010 bermulakan kerjaya ku sebagai sebagai technician SONY EMCS..huh..3 bulan disininya merasai semangat cinta pada SONY tetapi bukannya sehingga mencapaikan semangat menjadikan SONY sebagai rumah kedua..ngapaiin sebegini sekali ayatnya..ohh..dilupai, rupanya di SONY ramai yang INDONESI..ohh..gitu sekali ya..aim di SONY...!!

erm..pokoknya, selagi management percayai saya bole berkerjanya disini, saya akan teruskan..dan selagi ada Miss Hoe di hati ku x bisa tinggalkan SONY..tetapinya tanggal 17 April 2010 adalah hari - hari terakhir berpisahnya aku dengan Miss Hoe.., disamping sebuah hadiah yang diberikan kepada aku yg hanya aku seorang yang tahu..Miss Hoe sudah pergi meniggalkan kan aku di Tanah Melayu sendiri sementara dia pergi terbang ke KOREA mencari sesuatu yang x pasti..MISS u MISS HOE

Sunday, March 7, 2010

sudah lamenye...

Wow..sudah lamenye x mengusha kan diri ke blog ini..sudah hampir terlupa akan kehidupan nya dalam hidup nih..xpe2..mungkin kerana terlupa dan terlalai serta terleka dengan keduniaan yang sementara nih..x mengapa tunggu beberapa minggu lagi tatkala ku sudah mula membeli broadband baru mungkin bende nih akan menjadi santapan harian.

Wednesday, September 23, 2009

1st Topic ;


ALHAMDULILLAH berjaye jugak produced blog sendiri…Dan hari ini aku dengan banggenye kembali kedunia penulisan yang telah ditinggalkan setelah sekian lamenye mase darjah 6 dimane aku sering mendapat 90++ and sometimes dapat 100% setiapkali peperiksaan BM kertas penulisan.. Dan disitu juga, aku yang sering dikenali sebagai pelajar yang x popular, tapi comel, menjadi role model bagi semua student dalam kelas even yang best student skali..hahahahhaha..bangge siot..Oleh kerana hasil penulisan karangan yang aku garap tuh agak gempak cerita die dengan imaginasi2 yang melampaui batas, aku sering diminta oleh Cikgu Zaiton (Cikgu Bahasa Malaysia) untuk membacakan cerita yang aku tulis(setiap kali selepas kertas peperiksaan tu dipulangkan) dihadapan khalayak ramai dalam keals tu. Kalau memang x silap aku mase tu aku sekolah kat Sekolah Kebangsaan Kajang Utama (SKKU) and kelas 6 Alamanda.

On that time aku x sedar yang aku mempunyai bakat semulajadi menjadi seorang yang mungkin berphilosophy..hahahaha..yeah..aku memang suke puji diri sendiri sebab jarang dipuji oleh kawan2 yang mungkin cemburu dengan bakat yang aku ade…Ape lagi, aku pon betambah bongkak dan sombong. Haaaa lagi satu aku baru ingat akhir tahun tu ade satu event, tapi da lupe pasal ape, dimana aku dapat hadiah senaskah buku karangan untuk form 1..Damn it!!!..Aku benci buku…Dimana semua koleksi buku - buku yang dibeli oleh papa akan dijadikan origami kapal terbang kertas dan sampan kertas.Kecuali satu buku menjadi pilihan setia, that’s KAMASUTRA. Oleh kerana terlalu bangge dang bongkak dengan kehebatan aku kat membe2 mase tu Tuhan pon tunjuk balasan dimana start form 1 sampai form 5 BM aku hancur..even SPM 2005 yang berangka gilirankan NA245A057 tu dapat 5C…huh…”Rice turn to Porridge”

La ni aku kembali dalam dunia penulisan tapi disebabkan kesalahan mase lampau yang telah dilakukan, knowledge telah berkurangan dan cerita2 yang aku tulis ni hanya saki baki yang tertinggal dalam serpihan2 otak ni.Okeh..Jadi, aku perlukan kawan2 yang gempak dalam pembikinan Pengayat – ayatan untuk support aku la..

* anyway special thx to shahmi yg da tolong aku serba serbi how to produced a blog.